Pelancong yang datang ke New Zealand mungkin diminta menyerahkan kata laluan dan nombor PIN kepada pegawai kastam lapangan terbang di bawah undang-undang baru.

    Peraturan baru yang kontroversi dikecam sebagai pencerobohan privasi, dengan kumpulan hak asasi menuntut supaya undang-undang itu dibatalkan.

    Sebelum peraturan itu berkuatkuasa, pegawai kastam boleh menuntut untuk melihat peranti pelancong, tetapi tidak dapat memaksa mereka untuk menyerahkan kata laluan. Peraturan ini tidak membolehkan pegawai kastam menyelidiki storan awan, ia hanya terpakai kepada apa yang sudah ada pada peranti mereka.

    Pegawai kastam New Zealand mengatakan peraturan itu perlu kerana terdapat laporan yang membuktikan ada pelancong yang membawa maklumat yang majoriti bahan dan dokumen terlarang.

    Ia juga mengatakan bahawa pada tahun 2017, pegawai sempadan telah memeriksa 537 peranti daripada 14 juta pelancong yang datang ke New Zealand dan mereka tidak menjangkakan peningkatan akibat pelaksanaan peraturan.

    Di bawah Undang-Undang Kastam dan Eksais yang baru, jika penumpang gagal menyediakan maklumat akses ke peranti mereka apabila ditanya mereka boleh dikenakan denda sehingga RM 13,500.

    Undang-undang tersebut menyatakan pegawai kastam mempunyai “kuasa untuk menghendaki pengguna memberikan  peranti yang mengandungi maklumat akses dan maklumat lain yang munasabah dan perlu.”

    Maklumat akses ini boleh diminta jika pegawai itu mengesyaki pemiliknya dicurigai melakukan kesalahan. Akses maklumat termasuk kod, kata laluan, dan kunci penyulitan, dan sebarang maklumat berkaitan yang membolehkan akses kepada peranti elektronik.

    Walau bagaimanapun, pegawai itu mesti mempunyai “sebab yang munasabah untuk mengesyaki” jika mereka menuntut untuk pencarian maklumat akses.

    Pelancong hanya boleh menolak untuk memberikan kata laluan jika mereka mempunyai “alasan munasabah.” Sekiranya mereka dipercayai tidak berkerjasama maka penumpang boleh dikenakan denda atau dikenakan penalti.

    Peranti itu perlu dikembalikan kepada pemilik selepas itu di bawah undang-undang, “melainkan jika bukti kesalahan yang berkaitan dijumpai.” Sekiranya peranti tersebut disimpan oleh pegawai kastam, ia boleh disimpan selama mana pencarian dilakukan.

    Walau bagaimanapun, peraturan baru ini telah menyebabkan kumpulan hak privasi menyatakan kebimbangan.

“Telefon pintar moden mengandungi sejumlah besar maklumat peribadi yang sangat sensitif termasuk e-mel, surat, rekod perubatan, gambar peribadi, dan gambar yang sangat peribadi,” kata Thomas Beagle, Pengerusi Majlis NZ untuk Kebebasan Sivil dalam satu kenyataan.

“Membenarkan Kastam untuk untuk memeriksa semua maklumat ini adalah pencerobohan yang serius terhadap privasi peribadi orang yang memiliki peranti dan orang yang mereka syak.”

    Majlis NZ menambah: “Undang-undang sekarang mengatakan mereka perlu mempunyai sebab yang munasabah, tetapi mereka tidak perlu membuktikannya sebelum merampas peranti anda. Majlis menunjukkan bahawa penjenayah profesional dengan mudah dapat memintas keselamatan ini tetapi orang yang tidak bersalah boleh ditangkap.

“Nampaknya ia akan menangkap orang yang mematuhi undang-undang yang bertanggungjawab untuk menyerahkan maklumat peribadi mereka atau kehilangan telefon pintar mereka.

“Ia juga akan menangkap orang yang melancong dengan telefon rakan mereka yang tidak dapat membuka kunci, dan juga akan menangkap orang dengan komputer riba yang digunakan secara kongsi dengan berbilang orang dan tidak dapat membuka kunci fail milik pengguna lain.

“Ia bermakna pegawai Kastam boleh mengambil dan mengintip melalui mana-mana peranti yang mereka mahu.”

Majlis NZ sekarang memanggil bahagian undang-undang ini untuk dikeluarkan kerana ia “terlalu berlebihan dan tidak dapat dibenarkan untuk dikuatkuasakan”.

    Sementara itu di Amerika Syarikat, diumumkan bahawa Lapangan Terbang LAX kini membolehkan penumpang untuk melakukan perjalanan dengan ganja di dalam beg tangan mereka. Kenyataan di laman web lapangan terbang itu berbunyi: “Jabatan Polis Lapangan Terbang Los Angeles akan membolehkan penumpang melakukan perjalanan melalui LAX dengan sehingga 28.5 gram ganja dan 8 gram ganja pekat.”