Kandungan video konspirasi yang sering mengandungi penipuan atau spekulasi yang tidak berasas yang berleluasa di YouTube seperti contoh konspirasi teori Bumi Rata atau peristiwa bersejarah yang tiada asas dan fakta yang kukuh amat membimbangkan.

YouTube sebagai pemilik platform itu nampaknya panas dengan video teori konspirasi dan mula mengambil langkah-langkah untuk menghadkan peredaran kandungan tersebut.

Melalui pengumuman rasmi, YouTube berkata ia akan mengubah algoritma videonya supaya tidak menyediakan kandungan konspirasi sebagai cadangan video kepada para pengguma.

“Kami akan mula mengurangkan cadangan kandungan yang mempunyai kebenaran yang meragukan dan berpotensi memberikan maklumat salah kepada pengguna dengan cara yang berbahaya,” wakil YouTube berkata.

“Seperti video yang mempromosikan penyembuhan palsu untuk penyakit yang serius, teori bumi adalah rata, atau informasi yang salah berkaitan dengan peristiwa bersejarah, ” tambah YouTube memberi contoh kandungan yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, video teori konspirasi tidak semestinya melanggar garis panduan komuniti YouTube dan tidak bermakna video itu akan dibuang atau hilang dari platform perkongsian video terbesar di dunia itu.

algoritma YouTube baharu hanya akan menghalang video jenis ini daripada muncul pada senarai cadangan kepada para pengguna.

Gabungan mesin dan manusia

Dalam menyusun video teori konspirasi, YouTube bergantung kepada gabungan pembelajaran mesin dan tenaga manusia manual.

“Para penilai dan pakar akan dilatih dalam sistem algoritma ini untuk menilai video ini,” kata YouTube dalam blog rasminya.

Pada waktu ini, kemas kini ini hanya akan dilaksanakan untuk sebilangan kecil video di Amerika Syarikat sahaja.Kandungan yang terjejas oleh perubahan algoritma untuk pengesyoran video atau cadangan pada pengguna dianggarkan berjumlah kurang daripada satu peratus daripada jumlah video yang tersedia.

Peratusan itu masih boleh berubah memandangkan setiap video akan lebih banyak dimuat naik ke platform YouTube.

Pihak YouTube mendakwa telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal peredaran video yang salah maklumat yang berleluasa dalam perkhidmatannya.

Sebagai contoh, antaranya adalah dengan mengatur algoritma di enjin carian yang hanya akan membentangkan sumber berita dipercayai untuk dipaparkan sebagai hasil carian.

Walau bagaimanapun, masalah itu tidak berakhir lagi. Sebagai contoh, baru-baru ini, Washington Post melaporkan penemuan kandungan kebencian dan kandungan konspirasi mengenai kesihatan Ketua Hakim Negara AS Ruth Bader Ginsberg yang muncul dalam deretan video yang disyorkan.

Menurut penyelidikan dari Pew Study , ramai warga AS telah memilih YouTube untuk mencari topik tertentu dan mendapatkan berita. Kerana ini merupakan cadangan video yang mempunyai peranan yang besar dalam menentukan jenis kandungan yang dilihat oleh pengguna YouTube.