Ibu adalah segala-galanya untuk kita. Besar dan beratnya tanggungjawab ibu yang menjaga kita dari kecil sehingga kita mampu berdikari menjalani hidup sendiri.Sebagai seorang anak, kita hendaklah mengormati dan menjaga ibu dengan sebaik-baiknya.Ini bertepatan dengan Rasulullah SAW  yang pernah melarang seorang lelaki dari mengikuti peperangan supaya dia dapat balik ke pangkuan ibubapa untuk menjaga mereka, terutamanya ibu kerana syurga dibawah tapak kaki ibu.

Hadisnya dibawah:

    Abdullah ibn Amr meriwayatkan: Datang seorang lelaki bejumpa dengan Rasulullah SAW, meminta kebenaran untuk berjihad.Rasulullah SAW bersabda

أَحَيٌّ وَالِدَاكَ

Adakah ibubapa kamu masih hidup?

Lelaki itu berkata “ya”.Rasulullah SAW bersabda:

فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ

Berkhidmatlah untuk mereka (ibubapa)

(Sahih Bukhari 2842,Muttafaqun Alayhi)

    Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: 

فَارْجِعْ إِلَى وَالِدَيْكَ فَأَحْسِنْ صُحْبَتَهُمَا

Pulanglah kepada ibubapa kamu dan layanilah mereka dengan sebaiknya.

(Sahih Muslim 2549)

    Secara jelasnya, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak menjaga ibu dan bapa kita.ia bukan pilihan tetapi kemestian yang perlu dipatuhi dan Allah SWT melarang kita mengabaikan ibubapa kita.ia bertepatan dengan hadis larangan dibawah:

إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ

Sesungguhnya, Allah SWT melarang kamu dari mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu kamu.

(Sahih Bukhari 5630)

    Perlu diingatkan bahawa pengabaian tanggungjawab kepada ibubapa adalah antara dosa yang besar dan teruk dalam Islam.

Abu Bakrah meriwayatkan: Pesuruh Allah bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ ثَلَاثًا الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَوْ قَوْلُ الزُّورِ

Benarkan aku memberitahu kamu tentang dosa-dosa besar? Terdapat tiga: menyekutukan Allah SWT, mengabaikan ibubapa, dan persaksian palsu.

(Sahih Bukhari 2511,Muttafaqun Alayhi)

Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari api neraka atas sebab derhaka pada ibubapa.Kita perlu selalu memohon pada Allah SWT supaya memberkati ibubapa kita, mengampuni mereka dan membantu kita dalam menjalani tanggungjawab terhadap mereka.

Ibu…ampunilah dosa-dosaku.doakan aku supaya menjadi insan yang berguna pada jalan Allah SWT.