Di zaman jahiliyah, jika melahirkan anak perempuan ia merupakan sesuatu yang memalukan dan memberi impak negatif kepada masyarakat.Malangnya, ia masih terbawa bawa ke zaman sekarang.Ia amat menyedihkan jika ada di kalangan umat islam yang berfikiran seperti zaman jahiliyah sedangkan melahirkan anak perempuan merupakan satu berita gembira.Secara jelasnya ia merupakan ganjaran yang hebat dari Allah SWT kepada para ibubapa jika melahirkan anak perempuan. 

Jabir ibn Abdullah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah SAW bersabda: 

عن جابر بن عبد الله قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كُنَّ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ يُؤْوِيهِنَّ وَيَرْحَمُهُنَّ وَيَكْفُلُهُنَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ الْبَتَّةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنْ كَانَتْ اثْنَتَيْنِ قَالَ وَإِنْ كَانَتْ اثْنَتَيْنِ قَالَ فَرَأَى بَعْضُ الْقَوْمِ أَنْ لَوْ قَالُوا لَهُ وَاحِدَةً لَقَالَ وَاحِدَةً

” Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan memeliharanya, memberi keadilan kepada mereka,dan menyediakan keperluan mereka, sudah pasti syurga untuknya.”

dan mereka bertanya lagi,” wahai Pesuruh Allah, bagaimana jika dia hanya mempunyai dua anak perempuan?” Rasulullah SAW bersabda, “sama juga dua.” 

Ada yang mengatakan jika mereka bertanya kepada Rasulullah SAW jika seseorang itu hanya ada seorang anak perempuan, Rasulullah SAW tetap akan menjawab yg sama. 

(Musnad Ahmad 13835, disahihkan oleh Al-Albani)

    Oleh yang demikian gembiralah jika kita hanya mempunyai anak perempuan.ia merupakan pintu kita ke syurga jika menjaga mereka dengan penuh amanah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Itulah rezeki yang tidak ternilai hebatnya untuk kita.