Anas ibn Malik meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda; 

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Tidaklah kamu dari kalangan yang beriman sehinggalah kamu mencintai saudaramu seperti kamu mencintai dirimu sendiri.

(Sahih Bukhari, Buku 2, Nombor 15)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِلنَّاسِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ وَحَتَّى يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Tiadalah diantara kamu beriman sehinggalah dia mencintai manusia seperti mencintai dirinya, dan sehingga mencintai saudaranya atas nama Allah Yang Maha Berkuasa.

(Musnad Ahmad, Nombor 13463, dirujuk Hasan)

    Dalam riwayat yang lain berkaitan kasih sayang sesama manusia ini, Pesuruh Allah bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُزَحْزَحَ عَنْ النَّارِ وَيَدْخُلَ الْجَنَّةَ فَلْتُدْرِكْهُ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْتِي إِلَى النَّاسِ مَا يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ

Barangsiapa yang suka dirinya dari dihantar ke api neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka hendaklah mati dalam keimanan terhadap Allah SWT dan hari akhirat, dan hendaklah melayani manusia seperti mana dia ingin dilayani.

(Sahih Muslim, Buku 20, Nombor 4546)

    Imam An-Nawawi  memberi komen berdasarkan hadis diatas; adalah lebih baik untuk membuat kesimpulan bahawa hadis ini menyatakan tentang persaudaraan secara umum,antara yang Islam dan bukan islam.Seseorang itu sepatutnya menyayangi saudaranya yang bukan islam  seperti ia menyayangi dirinya sendiri dan juga saudara-saudaranya yg Islam. Adalah amat penting untuk mengajak saudara yang bukan islam kembali kepada Islam dan dibimbing dengan sewajarnya.Maksud cinta disini adalah cinta atas nama agama dan bukannya cinta manusia.

 

Sharh Arba’een An-Nawawi