Terdapat banyak doa-doa yang diajar oleh Rasullullah SAW yang tercinta jika kita mengalami kesusahan, kegelisahan atau apa saja yang membuatkan kita resah.Dibawah ini disertakan doa berdasarkan dari hadis yang sahih untuk kita amalkan seharian.

اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي، لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

Allahu Allahu Rabbi la ushriku bihi shayan

Sayyidah Aaishah (RA) berkata, “Nabi SAW mengumpulkan ahli rumahnya dan bersabda, ‘apabila diantara kamu sedih atau gelisah, maka hendaklah dia membaca Allahu Allahu Rabbi la ushriku bihi shayan‘”

(Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis 864)

    Selain dari itu ketika Rasulullah SAW dalam saat kesulitan, baginda  mengucapkan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Pemurah; Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Rabb ‘Arsy yang besar, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Tuhan langit dan bumi, dan ‘Arsy yang mulia”

(Muttafaq ’alaih diriwayatkan oleh Bukhari hadis no 6346 dan Muslim hadis no 2730)

Rasulullah SAW juga mengamalkan doa ini pagi dan petang.Doa ini mengandungi kelebihannya yang amat penting untuk menjaga diri dan keluarga untuk keselamatan pada agama dan dunia juga pelihara dari gangguan yang tak diingini dari pelbagai arah.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).”

(HR. Abu Daud no. 5074 dan Ibnu Majah no. 3871. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan sanad Hadis ini sahih.)

    Marilah kita mengamalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis yang sahih.