Adalah menjadi sunnah jika kita bunuh cicak dan terdapat hadis sahih yang menyokong fakta ini. Ini kerana pada zaman Nabi Ibrahim AS hendak dibakar oleh Namrud, cicaklah yg membantu untuk membakar, sedangkan haiwan-haiwan lain cuba memadam api tersebut.

شَرِيكٍ – رضى الله عنها أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ « كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ »

“Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuh cicak. Beliau bersabda:

“Dahulu cicak ikut membantu meniup api untuk membakar Ibrahim AS.”

(HR. Bukhari, no. 3359)

 

    Selain itu cicak dibunuh kerana ia haiwan  yang fasik iaitu haiwan jahat yg menyusahkan manusia dgn kotorannya.

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا.

“Nabi SAW memerintahkan untuk membunuh cicak, beliau menyebut haiwan ini dengan haiwan yang fasik” (HR. Muslim, no. 2238).

 

    Cicak sunnah di bunuh kerana kotoran dan najisnya atau penyakit merbahaya yg dibawanya.