Sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Tokyo, Jepun , A.L.I Technologies Inc., mensasarkan dapat menjual motosikal terbang pertama mereka pada 2022.

A.L.I Technologies, yang perniagaan utamanya berkaitan produk drone kecil, berharap untuk menjual produk, yang mereka panggil ” hoverbike  “, kepada negara-negara membangun di Afrika, Timur Tengah dan Asia, dengan infrastruktur jalan yang buruk.

Di antara banyak syarikat di seluruh dunia yang sedang membangun kenderaan terbang, A.L.I Technologies telah memulakan misi mereka untuk mencuba memasuki pasaran masa hadapan.

“Kami akan membuat motosikal (terbang) dahulu, sebelum membuat kereta terbang yang akan digunakan secara meluas oleh orang ramai pada masa akan datang,” kata Pengarah Eksekutif Shuhei Komatsu, yang dipetik oleh Japan Times.

” Hoverbike kami adalah gabungan dan pembangunan teknologi berterusan dari syarikat kami,” Komatsu amat yakin bahawa syarikatnya dapat mengkomersilkan motosikal terbang.

Motosikal terbang seperti yang dilaporkan oleh syarikat itu akan menggunakan kuasa kipas untuk dapat mengapung berpuluh-puluh sentimeter di atas tanah, dan akan kekal di ketinggian yang dikehendaki melalui teknologi yang menggunakan sensor untuk mengelakkan rintangan.

A.L.I Technologies kini sedang membangunkan versi terhad yang akan dijual pada akhir tahun depan, di mana pembeli boleh mulai membuat pesanan yang akan mula dibuka pada akhir Mei 2019.

Bagi pengeluaran besar-besaran yang akan dikeluarkan ke pasaran, ia dirancang bahawa ia akan dilaksanakan sekitar 2022.

“Kami mahu sasarkan menjual motosikal terbang ini kepada para pelanggan sekitar tahum 2022,” kata Komatsu sambil menambah harga itu akan diselaraskan.

“Syarikat berkenaan berharap bahawa motosikal terbang tersebut akan digunakan di jalan awam di Jepun,” katanya.

Firma yang berpangkalan di Tokyo akan menerima pesanan 100 unit produk mulai Mei 2019, dan akan memulakan penghantaran pada separuh kedua tahun 2020.

Dalam percubaan penerbangan motosikal tersebut yang dijalankan di Tokyo di fasiliti syarikat itu, motosikal terbang itu yang dikuasakan dengan enjin, mengapung sekitar 10 sentimeter dari tanah dengan menggunakan kipas yang dipasang di bahagian bawahnya.Ia mempunyai pemandu dan bergerak ke hadapan dan berpusing disekeliling kawasan percubaan tersebut.

A.L.I. Technologies merancang untuk menjual basikal hover di Jepun dan di luar negara, dengan harga yang dilihat bermula pada 80,000 dolar. Syarikat itu juga merancang untuk melancarkan model pengeluaran besar-besaran yang lebih murah.