Aktivis telah mendedahkan bahawa hampir 35 tahun dari bencana Bhopal, beratus-ratus ribu orang yang terdedah oleh kebocoran gas perindustrian yang membunuh lebih daripada 3,500 orang di pusat bandar India masih tidak menerima apa-apa pampasan.

Tiga dekad selepas kejadian malapetaka itu, syarikat Union Carbide dari A.S yang bertanggungjawab atas insiden itu bersetuju untuk membayar berjuta-juta pampasan, The Independent melaporkan bahawa hampir 470,000 orang yang terkena bencana itu tidak melihat “satu sen pun”.

“mangsa-mangsa berasa dianiaya dan tiada pampasan”. Jika anda melihat sekeliling Bhopal, terdapat beberapa kawasan di mana setiap rumah mempunyai anak yang kurang upaya, “kata Rachna Dhingra, aktivis dari Bhopal Group. “Anda melihat bahawa mereka telah ditinggalkan dalam keadaan yang sedih, menafikan apa yang mereka rasakan adalah hak mereka dari segi pampasan oleh syarikat yang bertanggungjawab atas tragedi ini.”

Apakah bencana Bhopal?

Pada malam 2 Disember 1984, bahagian penghasil racun perosak di Bhopal yang dimiliki oleh syarikat multinasional Union Carbide yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu telah mengalami kebocoran gas, melepaskan 40 metrik tan gas metil isosianat (MIC) yang sangat beracun ke atmosfera.

Dalam beberapa jam selepas kebocoran itu, berdasarkan dari Laporan India Today, gas beracun itu telah terdedah kepada 500,000 penduduk di bandar itu kepada bahan kimia yang amat berbahaya.

Menjelang pagi, 2,259 orang telah meninggal dunia, majoritinya mati daripada sesak nafas, peredaran refleksogenik yang teruk dan edema pulmonari.

“Jika mereka yang tidak mati akibat sesak nafas, mata mereka terbakar dari gas toksik dan mulut mereka berbuih,” kata The Atlantic, sambil menambah bahawa ” ini disebabkan MIC adalah dua kali lebih berat apabila berada di udara, kebanyakan kanak-kanak yang tidak berdosa mati dengan serta merta”.

Beribu-ribu orang ditinggalkan selepas tragedi itu dengan kecacatan yang mengubah hidup mereka akibat daripada menghidu gas itu, kesannya termasuk kerosakan paru-paru dan mata. Tragedi Bhopal kekal sebagai kemalangan industri paling teruk dalam sejarah.

Kebocoran gas itu juga membawa kesan jangka panjang yang membahayakan kesihatan penduduk, seperti kenaikan mendadak keguguran, bayi yang masih dalam kandungan dan bayi yang dilahirkan dengan masalah ketidakupayaan. Hindustan Times mengatakan bahawa walaupun anggaran rasmi meletakkan angka kematian terakhir adalah 3,787, sejak disemak semula ia telah mencecah ke 5,295 dan ada sumber lain telah mencadangkan bahawa sekitar 8,000 mungkin telah mati serta-merta dan 8,000 lagi pada tahun-tahun berikutnya sejak peristiwa itu berlaku.

Siapa yang patut disalahkan?

Penyebab sebenar kebocoran gas masih dalam perdebatan. Kedua-dua kerajaan dan aktivis India berhujah bahawa salah urus dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi oleh syarikat Union Carbide keatas pembaikan paip rutin menyebabkan aliran balik air ke dalam tangki MIC yang telah mencetuskan kebocoran.

The Guardian melaporkan bahawa pada malam kejadian, “tiada sistem keselamatan kilang yang berfungsi” dan seorang peguam mendakwa bahawa Union Carbide telah menunjukkan “ketidakpedulian yang buruk kepada kehidupan manusia”.

Walau bagaimanapun, Union Carbide berhujah bahawa air telah memasuki tangki MIC melalui tindakan sabotaj oleh pekerja yang tidak puas hati yang tidak disebutkan namanya, mendakwa ia gagal untuk mengenalpasti pekerja tersebut.

Pada Jun 2010, tujuh bekas pekerja Union Carbide India telah disabitkan dengan menyebabkan kematian akibat kecuaian dan masing-masing dihukum penjara selama dua tahun, tetapi semua dibebaskan dengan jaminan tidak lama selepas itu.

Pada tahun 1989,penghakiman undang-undang berakhir dengan Mahkamah Agung India yang memerintahkan Union Carbide membayar ganti rugi USD 470 juta berhubung kejadian itu, yang dinyatakan oleh Jurnal Kesihatan Persekitaran adalah “jumlah yang agak kecil berdasarkan pengurangan yang signifikan dalam kesihatan jangka panjang akibat pendedahan dan bilangan orang yang terdedah “.

Sebagai hasilnya, The Independent melaporkan bahawa hampir 500,000 orang yang terjejas oleh insiden itu tidak termasuk dalam penyelesaian awal, masih lagi mencari keadilan selama beberapa dekad sehingga ke hari ini diatas kejadian yang menyayat hati itu.