Jepun mempunyai kaedah tindak balas kecemasan bencana dengan menggunakan rangkaian WiFi. Apabila bencana berlaku, rangkaian WiFi percuma yang dipanggil sebagai “Lima Zero” akan diaktifkan untuk membantu komunikasi.

Nama Lima Zero diambil dari nama hotspot WiFi yang hanya diaktifkan apabila terjadi bencana, iaitu “00000JAPAN”. Rangkaian ini diaktifkan semasa gempa bumi di Osaka pada tahun 2018 yang lepas.

Rangkaian WiFi Lima Zero untuk bencana ini disokong oleh syarikat telekomunikasi Jepun, KDDI dan jawatankuasa perniagaan wayarles LAN. Apabila bencana berlaku, setiap pengendali selular di Jepun akan bertindak sebagai Wi-Fi terbuka, yang boleh diakses oleh semua perkhidmatan, sama ada antarabangsa atau tempatan.

Wi-Fi percuma membolehkan semua orang di kawasan yang menghadapai bencana alam dapat menggunakan rangkaian bersepadu tersebut. Untuk mengaksesnya, hanya aktifkan Wi-Fi pada peranti, kemudian cari kawasan yang mempunyai signal Wi-Fi yang terdekat. Kemudian, pilih rangkaian “00000JAPAN” yang boleh diakses semasa kecemasan.

Gempa bumi dahsyat Tohoku jadi pencetus

Inisiatif ini tidak semestinya datang seperti itu saja. Gempa bumi Tohoku yang kuat yang mengguncang bandar Sendai dengan magnitud 9.0 SR pada Mac 2011, menjadi momentum inisiatif untuk menghadapi bencana ini.

Pada masa itu, hampir semua kawasan berhampiran pusat gempa bumi lumpuh sepenuhnya, termasuk kemudahan telekomunikasi. Akhirnya, Wi-Fi percuma dimulakan untuk memudahkan komunikasi bagi orang-orang di kawasan bencana.

Jepun adalah salah satu negara yang mempunyai statistik gempa bumi tertinggi di dunia. Institut penyelidikan epidemiologi bencana (Pusat Penyelidikan mengenai Epidemiologi Bencana / CRED) mencatatkan 61 kes gempa yang berlaku dalam tempoh 1900-2016.

Seperti yang diketahui, Osaka digegarkan oleh gempa bumi 5.3 magnitud, menurut rekod-rekod Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pada kedalaman 15.4 km. Sementara agensi meteorologi Jepun mencatatkan kekuatan gempa bumi sebanyak 6.1 magnitud dengan kedalaman 10 km.