Jumlah korban maut akibat gempa bumi dan tsunami yang dahsyat telah meningkat apabila para pegawai di Indonesia berkata lebih 1400 telah meninggal dunia. 

    Selain itu,mayat-mayat sekurang-kurangnya 34 orang kanak-anak telah ditemui di dalam sebuah gereja di wilayah utara terpencil di Pulau Indonesia, selepas gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud dan tsunami yang berlaku pada hari Jumaat lepas,28 September 2018.

    Penemuan itu adalah kesedihan terbaru dalam usaha pemulihan yang baru yang baru bermula ketika angka kematian meningkat. Setakat ini, sekurang-kurangnya 1400 orang telah meninggal dunia dalam bencana itu, tetapi laporan tempatan telah menggambarkan adegan tragedi dengan “badan di mana-mana.”

    Lebih banyak mayat dijangka ditemui, tetapi ia mungkin mengambil sedikit masa. Dengan tiada jentera berat yang terdapat di kawasan pedalaman Sigi, tidak ada cara untuk mengangkat runtuhan konkrit dan menggali mayat-mayat yang tertimbus. 

Kerosakan telah dilaporkan sepanjang pantai, di mana rumah, kereta dan penduduk “disapu” oleh gelombang  tsunami yang ketinggiannya mencecah sekitar 20 kaki.

    Sukarelawan di Palu, sebuah bandar di Sulawesi telah mula mempersiapkan kubur besar dengan kapasiti yang cukup untuk mengebumikan lebih daripada 1,000 orang. Jumlah mayat yang berkemungkinan akan meningkat apabila pasukan penyelamat sampai di kawasan jalan raya yang rosak dan terjejas, yang kebanyakannya telah dibengkokkan akibat gegaran dan dipenuhi dengan serpihan.

    Keadaan di Palu, bandar terbesar yang terjejas oleh gempa itu, sangat terdesak sehingga pesawat bekalan tentera tidak dapat mendarat di sana kerana penduduk terdesak menunggu pesawat yang membawa bantuan yang sangat diperlukan sehinggakan memenuhi lapangan terbang.Terdapat ketakutan terhadap orang ramai yang akan merosakkan pesawat kerana mereka terdesak untuk mendapatkan bantuan.Kedai-kedai telah “dibersihkan” untuk mendapatkan makanan dan bekalan dan stesen minyak juga diceroboh.

    Akibatnya, penduduk di Palu sebahagian besarnya tidak mempunyai apa-apa cara pengangkutan bermotor, yang seterusnya merumitkan tindak balas bantuan.

    Keselamatan adalah keutamaan bagi pasukan penyelamat. Keselamatan di sana amatlah mendukacitakan kerana tidak ada elektrik, makanan yang terhad dan tiada akses kepada air bersih. Kebimbangan terbesar adalah keselamatan kakitangan penyelamat dan juga untuk memastikan bekalan sampai kepada yang memerlukan.

    Kebanyakan organisasi cuba menghantar bantuan dari bandar-bandar pulau Makassar dan Manado ke Palu, sebuah bandar Sulawesi utara yang mempunyai 330,000 orang.

    Utara Palu, di Donggala dan dekat dengan pusat gempa bumi memerlukan peralatan berat untuk membersihkan jalan dan mengangkat konkrit dari bangunan yang musnah. Tetapi untuk mengangkut jentera seperti itu adalah mustahil apabila jalan raya musnah, atau disekat oleh runtuhan, pokok dan sebagainya. Jadi bandar-bandar seperti Donggala yang mempunyai penduduk sekitar 220,000 amat sukar untuk pekerja bantuan sampai untuk memberi bantuan.

    Sementara itu, soalan telah dibangkitkan mengenai sistem amaran Indonesia yang memberi amaran kepada rakyat tentang ancaman gempa bumi dan tsunami. Agensi Meterologi, Klimatologi dan Geofizik mengeluarkan amaran tsunami tetapi ia ditarik balik kira-kira 20 minit selepas gempa bumi, dilaporkan selepas tsunami telah melanda Palu.

    Selain itu jurucakap agensi bencana mengakui dalam satu sidang akhbar pada hari Ahad lepas bahawa Indonesia tidak mempunyai sistem pengesanan tsunami yang berfungsi di luar pesisir sejak 2012, sambil menambah bahawa semua 22 pelampung yang dilengkapi sensor dan bertaburan di perairan Indonesia tidak beroperasi dan tidak berfungsi sejak itu.Agensi bencana Indonesia tidak mempunyai pembiayaan kerajaan yang mencukupi pada tahun-tahun kebelakangan ini walaupun ancaman gempa bumi dan tsunami yang sering berlaku di seluruh Indonesia.