Nike Pro Hijab bakal memenuhi keperluan untuk ahli sukan wanita muslim
Nike Pro Hijab akan dilancarkan pada musim bunga 2018 sebagai tindak balas kepada peningkatan bilangan wanita islam yang menyertai sukan di pertandingan berprestij antarabangsa.
Gergasi jenama sukan itu berkata ia diilhamkan oleh pelari Arab Saudi Sarah Attar, yang bertanding dalam perlumbaan 800m pada Sukan Olimpik London 2012 yang memakai tudung, dan peserta angkat berat Amna Al Haddad, yang bersaing dalam Olimpik 2016 di Rio.
Kenyataan Nike berkata: ‘Nike Pro Hijab mungkin mengambil masa lebih satu tahun dalam pembuatan, tetapi dorongannya dapat dikesan lebih jauh, kepada budaya baru yang sedang berlaku apabila melihat lebih banyak wanita islam yang berhijab menyertai sukan.
Nike Pro Hijab akan dilancarkan pada musim bunga 2018 dan syarikat itu mengatakan ramai atlet wanita Muslim telah meminta pakaian itu dibuat supaya mereka boleh ‘melakukan lebih baik’
Nike berkata ia muncul dengan konsep selepas ahli sukan angkat berat Amna Al Haddad melawat makmal penyelidikannya di Oregon.
Jurucakap itu berkata: ‘Kami bekerja dengan Amna dan pelbagai atlet lain untuk melihat apa yang mereka perlukan dan mahukan dalam prestasi ketika berhijab.’
‘Apa yang kami dengar ialah atlet wanita berhijab sedang mencari penyelesaian pakaian yang ringan dan boleh bernafas tanpa perlu melakukan apa-apa perubahan.’
Pelari Arab Saudi, Sarah Attar membantu mengilham Nike untuk membuat pakaian itu selepas berlari dalam tudung ketika perlumbaan 800m pada Sukan Olimpik 2012 London.
Ia bukan hanya untuk membuat produk yang tersedia untuk wanita Muslim dan Arab tetapi ia juga memberi peluang kepada wanita-wanita yang menolak idea mengenakan hijab sepenuhnya untuk bersaing.
Nike berkata ia menyedari haba di Timur Tengah di mana suhu boleh mencecah 130F pada musim panas, dan direka bentuk dengan pakaian menggunakan bahan ‘mesh’ yang diperbuat daripada poliester ringan yang mempunyai ‘lubang kecil untuk keupayaan optimum’.
Nike secara dasarnya memulakan projek pro hijab ini selepas kontroversi sebelum ini tentang pemakaian hijab dalam sukan yang kompetitif.
Peserta judo Arab Saudi Wodjan Shaherkani, hampir menarik diri dari Sukan Olimpik 2012 selepas Persekutuan Judo Antarabangsa berkata dia tidak dibenarkan memakai tudung. Tetapi selepas rundingan antara IJF dan Jawatankuasa Olimpik Saudi, kompromi telah dicapai dan pemain berusia 16 tahun itu dibenarkan bersaing.
Peraturan-peraturan IJF untuk Sukan Olimpik menyatakan bahawa tiada alatan tutup kepala boleh dipakai, dan persekutuan itu mengatakan mungkin ada bahaya bagi para peserta jika tudung secara tidak sengaja digunakan untuk cengkaman pergelutan atau sebaliknya.
Sementara itu, awal minggu ini diumumkan wanita Islam boleh memakai ‘burkinis’ ketika bersaing dalam pertandingan renang amatur di England.
ASA (Persatuan Renang Amatur) telah mengumumkan bahawa ia telah mengubah peraturan mengenai pakaian renang badan penuh untuk ‘membenarkan lebih ramai orang mengambil bahagian dalam acara di seluruh England.’ Pada masa ini, peraturan tidak terpakai untuk Swim Wales atau SASA (Persatuan Renang Amatur Scotland).
Sebelum berlaku perubahan garis panduan, pakaian renang yang meliputi seluruh badan, khususnya pakaian yang dipakai oleh ahli sukan Olimpik disebabkan oleh ‘ciri peningkatan prestasi’ mereka pada awalnya telah diharamkan.
Walau bagaimanapun, selepas permintaan dari Yayasan Sukan Wanita Islam, persatuan itu melonggarkan peraturannya pada 2 Mac untuk membenarkan wanita memakai baju dan seluar panjang yang sesuai.
ASA telah mengumumkan perubahan peraturannya yang membenarkan perenang wanita memakai burkinis ketika mengambil bahagian dalam pertandingan. ASA telah mengumumkan perubahan dalam peraturannya yang membolehkan perenang wanita memakai burkinis ketika mengambil bahagian dalam pertandingan.
Leave a Reply