Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

    Solat merupakan tiang agama dimana kita sebagai hamba Allah SWT perlu solat 5 kali sehari.Keberkatan dan keredhaan Allah SWT kepada manusia bergantung besar dalam menunaikan solat. Seterusnya,solat berjemaah adalah lebih baik dari solat bersendirian terutama solat Isyak dan Subuh bejemaah.

    Sebagai motivasi, terdapat hadis dari Rasulullah SAW yang menunjukkan kepentingan dan kelebihan solat Isyak dan Subuh di masjid:

    Uthman bin Affan berkata: aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:

‏ ‏”‏من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة، فكانما صلى الليل كله‏”‏

 “Barangsiapa yang menunaikan solat Isha’, seolah-olah dia mengerjakan solat separuh malam.Dan barangsiapa menunaikan solat Subuh, seolah-olah dia telah mengerjakan solat seluruh malam.”

[HR Muslim]

Hadis ini menyatakan kepada kita bahawa kelebihan solat Isyak dan Subuh berjemaah ganjarannya adalah sangat hebat sehinggakan bersamaan solat seluruh malam.

Wallahu alam.