Hidup ini semuanya nak ambil mudah.kadang-kadang bila nak solat di rumah, ada yang jadikan kebiasaan menunaikan solat hanya berpelikat tanpa memakai baju.Mari kita lihat hadis ini:

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء

Dari Abu Hurairah R.A – bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Janganlah salah seorang dari kamu menunaikan solat dengan hanya satu pakaian, di mana tidak ada sedikit pun pakaian yang menutupi bahunya.”

(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A)

    Berdasarkan tegahan hadis mengikut mazhab Hanbali dan Hanafi, adalah haram menunaikan solat tanpa menutup atas badan kita dengan sebarang kain.

    Bagaimanapun mazhab Syafi’ie dan Malik menyatakan hanya makruh untuk larangan dalam hadis di atas, iaitu tidak haram.Dalam konteks ini kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut). 

Terdapat dalil pandangan kedua yang menyokong hadis diatas iaitu hadis dari Abu Hurairah R.A menceritakan tentang seorang lelaki bertanya Nabi S.A.W;

‘Bolehkah sesiapa dari kami mengerjakan solat dengan hanya satu pakaian sahaja?’

kemudian Nabi S.A.W menjawab;

أَوَ كُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ

“Adakah semua kamu memiliki dua pakaian?”.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

    Akhir kata,hadis ini menunjukkan keharusan mengerjakan solat dengan memakai satu pakaian sahaja jika kita sememangnya ada satu pakaian saja untuk solat ( diatas faktor kemiskinan, bencana, kesihatan ) dan bukan ambil mudah atas sebab menjadi kebiasaan memakai satu pakaian walaupun kita mempunyai banyak pakaian.Ingatlah! menunaikan solat itu sebenarnya kita tengah berhadapan dengan Allah SWT dan bermunajat kepada Nya.