Ubada bin As Samit meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

‏ لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ‏”‏‏.‏”

“Barangsiapa tidak membaca surah Al-Fatihah didalam solat, maka solatnya tidak sah”

(Sahih Bukhari 723)

   

    Antara kewajipan dalam menunaikan solat adalah membaca surah al fatihah.Jika diabaikan, maka solatnya adalah sia-sia dan tidak sah.

   Membaca surah lain selepas surah al fatihah adalah tidak wajib tetapi amatlah digalakkan kerana ia merupakan sunnah Nabi SAW. Rasulullah tidak pernah meninggalkan surah-surah lain atau dari ayat-ayat al quran selepas membaca al fatihah.

Secara jelasnya Nabi Muhammad SAW hanya tidak membaca surah-surah lain selepas membaca surah al fatihah adalah didalam dua rakaat terakhir pada solat zohor, asar, isyak dan rakaat ketiga solat maghrib, dan juga solat jenazah.

Semoga kita mendapat sedikit ilmu berkaitan dengan kewajipan membaca al fatihah pada setiap solat dan mengetahui bahawa dengan meninggalkannya menyebabkan solat kita terbatal.