Dari riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:

” Apabila saudaramu meninggal, tinggalkan dia bersendirian tanpa bercakap buruk tentangnya.”

في رواية أبي داود قال إِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ لاَ تَقَعُوا فِيهِ

(Sahih Bukhari 1329)

    Secara jelasnya, bercakap buruk kepada yang masih hidup adalah salah lebih-lebih lagi apabila seseorang itu sudah meninggal dunia.Jika mengumpat pada yang masih hidup,seseorang itu masih mampu untuk meminta maaf diatas kesalahan mengumpat itu.Tetapi bagaimana untuk meminta maaf jika kita mengumpat pada simati? dosa kita akan berkekalan sehingga diadili di akhirat kelak.

    Hanya dalam satu keadaan yang membolehkan kita bercakap buruk kepada simati ( dengan fakta ) atas nama kebenaran.Contohnya seseorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Islam dan mempunyai ramai pengikutnya.Tambahan lagi banyak menulis fahaman yang salah ini didalam bukunya sebelum meninggal.Buku itu pula banyak dijual dan ramai yang membacanya.Adalah amat penting untuk memberitahu kepada semua tentang kefahaman simati yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar.

    Kita bercakap atas nama kebenaran supaya orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan ajaran yang salah itu dan bukan bercakap buruk tentang simati secara berlebihan.Kita tidak tahu sebelum dia meninggal, kemungkinan dia telah meminta ampun atas dosanya pada Allah SWT.Kita sebagai manusia hanyalah hamba Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang menentukan seseorang ke syurga atau neraka.

    Jadi, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata kerana azab Allah SWT amatlah pedih terutama fitnah.