Apabila anda makan di restoran mamak selepas ini atau di restoran “banana leaf”, anda mungkin abaikan papadom selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati tahap natrium “berbahaya” dalam keropok goreng ini.

    Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata mereka menguji sampel papadum dan didapati antara 1,000mg dan 2,000mg natrium untuk setiap 100g papadum.

“Empat jenama papadom didapati mempunyai lebih daripada 2,000mg sodium untuk setiap 100g papadum,” katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP hari ini.

    Beliau berkata ini melebihi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi paras 2,000mg untuk pengambilan natrium harian.

    Beliau berkata mereka telah menguji kira-kira 10 jenama papadom yang terdapat di pasar raya dan secara jelasnya papadom yang diuji itu mengandungi sekurang-kurangnya 1,000mg sodium untuk setiap 100g.

“Sekiranya pengguna memakan lima keping papadom dalam hidangan, ia akan bersamaan dengan 1,300mg natrium, iaitu 65 peratus had harian dan digabungkan dengan natrium dari makanan lain dalam hidangan India yang biasa, pengguna dengan mudah akan melebihi 2,000 mg natrium, “katanya.

    Dia menuntut pihak berkuasa mengharamkan jenama papadom dengan tahap natrium yang tinggi daripada dijual di pasaran.

“Produk ini mempunyai tahap natrium yang berbahaya dan juga mengandungi natrium benzoat yang berbahaya untuk kesihatan,” katanya.

    Selain natrium, Mohamed Idris mendakwa bahawa rempah-rempah dalam papadom boleh menyebabkan keasidan, sembelit, lebihan keasidan dan gas berlebihan.

“Penggunaan papadom akan membawa kepada diet natrium yang tinggi yang membawa kepada tekanan darah tinggi, strok, kegagalan buah pinggang dan pengekalan air,” katanya.

    Dia mendakwa bahawa papadom boleh menyebabkan masalah jantung kerana ia merlukan minyak yang banyak untuk digoreng.

“Walaupun ada juga yang memanggang papadom dan bukan goreng, ia tetap tidak sihat kerana penyelidikan menunjukkan bahawa papadom ini boleh menyebabkan kanser akibat karsinogen yang terbentuk daripada natrium benzoat,” katanya.

    Beliau berkata cara pembuatan papadom adalah kurang bersih kerana adunan dikeringkan di tempat terbuka dan terdedah kepada banyak bahan pencemar udara.

“Cara mereka mengeringkan papadom secara terbuka diwaktu matahari terik boleh menyebabkan banyak mikroorganisma yang akan mencemarkannya,” katanya.

    Beliau menggesa Kementerian Kesihatan untuk membuat keputusan mengenai menghadkan kandungan natrium dalam papadom.

    Beliau menyeru Jabatan Kastam untuk memeriksa semua papadom yang di import dari luar negeri dan menghalang produk tersebut dari memasuki pasaran Malaysia jika mempunyai paras natrium yang tinggi.

“Pengguna harus berhenti makan papadom yang dibuat secara komersial sehingga pengeluar ini mematuhi syarat kandungan natrium yang dapat diterima,” katanya.

    Katanya keropok goreng ini mungkin lazat tetapi lebih baik untuk hanya membuatnya sendiri secara sederhana atau mengabaikan sepenuhnya.

    Papadom dibuat menggunakan pelbagai jenis tepung dan dengan pelbagai bahan pengawet dan aditif seperti rasa tiruan dan warna.

    Dalam gaya makan India selatan, terutama untuk makan tengah hari, ia tidak akan dianggap lengkap tanpa papadom.Setiap hidangan pastinya akan ada papadom sebagai hidangan pelengkap untuk hidangan utama.

    Secara am nya, papadom adalah keropok ruji dalam setiap rumah tangga India, dan Malaysia tidak terkecuali kerana makanan ini mempunyai ramai peminat. Papadom ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan rasa tetapi juga untuk menambahkan rasa rapuh kepada sambar (sejenis dhall atau  kari) atau beras rasam. Tetapi apabila kita telah mengetahui keputusan kajian mengenai sodium dan natrium yg berlebihan dalam makanan yang disukai ramai ini, haruslah kita utamakan kesihatan kita dengan menghidarnya dan memilih pengganti makanan yang lebih sihat.