DAGING BERPROSES BOLEH MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA

Kajian terbaru menunjukkan dengan memakan daging berproses seperti daging burger, nugget dan sausej secara kerap dan berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

    Antara faktor yang menaikkan risiko seorang wanita untuk mendapat kanser payudara ialah umur, keturunan dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.

    Dalam kajian yang dibuat di Britain antara penyumbang kanser payudara  adalah disebabkan pil perancang kehamilan, pil hormon yang diamalkan selepas menopause, berlebihan berat badan dan tidak menyusukan anak.

    Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti  dalam kuantiti yang sedikit. Kajian ini disokong dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.

    Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.

    Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.

    Pengambilan daging berproses sebanyak 9g atau lebih selama dua hari dalam seminggu, dianggap sebagai pengambilan yang berlebihan. Namun begitu harus difahamkan, bahawa memakan daging merah dan memakan daging berproses adalah dua keadaan yang berbeza, walaupun kebanyakan daging berproses adalah daging merah.

    Dalam kajian yang dijalankan dan diterbitkan dalam International Journal of Cancer, risiko ini hanya berlaku pada wanita yang mengambil daging berproses, bukannya mengambil daging merah.

    WHO sendiri menyenaraikan daging berproses sebagai faktor penyebab kanser yang menjadi punca utama penyakit kanser usus besar (kolon). WHO juga memberitahu daging merah itu sendiri mungkin penyebab kanser (red meat is “probably carcinogenic”).

    Apakah itu daging berproses? Ia adalah daging yang telah menjalani proses di kilang bagi melambatkan kerosakan pada daging itu dengan menambahkan bahan pengawet, atau mengubah rasa daging itu dengan menambah perasa atau menampakkan daging tersebut lebih cantik dengan menambah pewarna agar daging tersebut Nampak masih merah walaupun telah dikeluarkan lebih dari sebulan. Ini termasuk bacon, sausej, hot dogs, salami, daging burger dan seangkatan dengannya. 

    Bagaimana daging berproses ini menyebabkan kanser? Bahan-bahan kimia yang ditambah seperti pengawet, perasa dan pewarna adalah bahan yang bahaya jika diambil secara berterusan dalam makanan yang berproses.

    Dengan menambahkan bahan-bahan itu pada daging merah, bahan-bahan ini berinteraksi dengan protein pada daging sehingga menyebabkan daging berproses ini menjadi karsinogenik. Karsinogenik adalah bahan yang merangsang terjadinya kanser.

    Ada kajian yang memberitahu pengambilan daging merah dan daging berproses tidak melebihi 70g sehari adalah amalan yang disyorkan. Secara jelasnya,semakin kita menghindari makanan yang berasaskan daging berproses ini semakin rendah kita mengalami penyakit kanser payudara ini. 

    Kita harus melatih keluarga terutamanya anak-anak kita, agar mengurangkan pengambilan makanan berproses terutamanya dagng berproses kerana ia bukan saja boleh menyebabkan kanser payudara tetapi juga kanser colon.